Friday 9 December 2011

Persetiaan Pengakap

 
 
Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia, yang saya, 
dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.
Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan 
tiga jari tengah diluruskan.


PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.
Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan
rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri
dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara,
pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada
hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masaAhli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang
memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang PengakapAhli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan
semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang
pengakap.


Sumber : Scout Info 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home